1- Kantin Sekolah SPI 2/1983 di sini
B) Contoh Garis Panduan kantin Sekolah
Rujukan: di sini
Rujukan: di sini
GARIS PANDUAN KANTIN SEKOLAH (GPKS)
Latarbelakang
· Peranan dan fungsi
kantin sekolah amat penting dalam pendidikan.
· Meningkatkan
aspek-aspek pengurusan bagi menjamin kebersihan serta mutu makanan yang dijual
sangat diperlukan.
· 1983~Jawatankuasa bersama Rancangan
Kesihatan Sekolah (Para pegawai Kementerian Kesihatan dan Kementerian
Pendidikan) – terbitkan GPKS.
· 1987~Jawatankuasa Teknikal (KKM & KP)
ditubuhkan untuk:
(i) Kaji semula GPKS
(ii) Selaraskan GPKS dengan Akta Makanan 1983 &
Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Isi kandungan GPKS
· Tujuan garis panduan
· Peranan dan fungsi
kantin sekolah
· Peranan guru besar / pengetua
· Bangunan, kemudahan dan
alat-alat kelengkapan kantin
· Kakitangan kantin sekolah
· Penyeliaan, penyimpanan
dan penghidangan makanan serta minuman
· Bahan-bahan makanan dan minuman
· Kawalan kebersihan
· Keselamatan
· Pengurusan kantin sekolah
· Lampiran-lampiran (9 lampiran)
Lampiran-Lampiran:
|
Bil
|
Jenis Lampiran
|
Keterangan
|
|
1
|
Lampiran I
|
Bidang perniagaan yang didaftarkan dengan Kementerian Kewangan
|
|
2
|
Lampiran II
|
Salinan surat pekeliling Ikhtisas Bil.1/1981 mengenai Jualan Makanan
dan Minuman di Kantin-kantin Sekolah untuk murid-murid yang berbilang Agama
|
|
3
|
Lampiran III
|
Salinan surat
pekeliling Ikhtisas Bil.5/1988 mengenai penyakit-penyakit taun, demam
kepialu, penyakit kuning dan keracunan makanan
|
|
4
|
Lampiran IV
|
Surat pekeliling Bahagian Pembangunan dan Bekalan Bil. 4/1987 mengenai
cara pemanggilan perolehan perkhidmatan kantin sekolah
|
|
5
|
Lampiran V
|
Jawatankuasa Bersama Rancangan Kesihatan Sekolah
|
|
6
|
Lampiran VI
|
Jawatankuasa Kerja Rancangan Kesihatan Sekolah
|
|
7
|
Lampiran VII
|
Jawatankuasa
Teknikal Garis Panduan Kantin Sekolah
|
|
8
|
Lampiran VIII
|
Contoh pakaian
lengkap pekerja kantin sekolah (gambar)
|
|
9
|
Lampiran IX
|
Contoh Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah
|
(Untuk Keterangan Lanjut, Sila Rujuk Panduan
Pengurusan Kantin Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia)
Tujuan Garis
Panduan Kantin Sekolah
· Memberi panduan lengkap kepada pengetua/guru
besar atau pengusaha kantin untuk mengurus, mentadbir, kawal pandu, menilai dan
memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin.
· Kenalpasti
masalah-masalah penting berasaskan keutamaan dan menimbangkan cara-cara
mengatasinya.
· Mengambil
tindakan-tindakan yang sistematik dan terancang sambil membuat penilaian yang
berterusan.
Peranan Dan Fungsi Kantin Sekolah
· Tempat sosial berlakunya pelbagai jenis
interaksi dan aktiviti di kalangan murid, guru dan para pekerja sekolah
(i) Penjualan & pembelian makanan serta
minuman.
(ii) Penyediaan, penyimpanan, penghidangan dan
penggunaan makanan dan minuman yang dijual ataupun diberi secara percuma di
bawah rancangan tertentu.
(iii) Kegiatan-kegiatan rehat
dan istirehat
(iv) Permainan-permainan ringan
seperti ping pong, catur dan lain-lain
(v) Majlis-majlis
perjumpaan, perbincangan dan lain-lain anjuran pihak sekolah, ibubapa atau
masyarakat
· Merupakan sumber yang
berkesan bagi berbagai aktiviti yang menggalakkan usaha-usaha pendidikan
seperti
(i) Pengajaran
terancang dibawah mata-mata pelajaran tertentu seperti pendidikan kesihatan,
sains rumah tangga, sivik, pengajian perdagangan dsbnya.
(ii) Pelajaran tidak formal berkaitan aktiviti
kokurikulum
(iii) Penggunaan
bahan-bahan media masa seperti poster, papan tanda, risalah dan lain-lain
(iv) Menjalankan
kajian khas menerusi pemerhatian, soal selidik dan wawancara mengenai
aspek-aspek tertentu.
· Mengadakan tunjuk ajar, kerja-kerja amali
dan sebagainya mengenai makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan
makanan, keindahan dsb
· Mengadakan ceramah,
majlis dailog dsb
· Mengadakan peti
cadangan atau peti bantahan diikuti dengan susulan yang sewajarnya
· Menubuh serta
mengujudkan jawatankuasa kesihatan atau kantin sekolah serta mencadang atau
mengambil tindakan sewajarnya bagi mengawasi dan memperbaiki lagi penggunaan
dan perkhidmatan kantin sekolah.
Peranan Guru
Besar / Pengetua
· Mengawasi semua aspek berkaitan kantin
sekolah
(i) Bangunan
dan kemudahan-kemudahan sedia ada termasuk alat kelengkapan dari segi
keberkesanan fungsinya.
(ii) Kebersihan
bangunan kantin, kemudahan-kemudahan dan alam sekitar kantin sekolah.
(iii) Kebersihan
makanan dan minuman.
(iv) Keselamatan di kantin sekolah.
(v) Kelakuan dan amalan pengusaha dan pekerja.
(iv) Mutu dan kesesuaian makanan dan minuman yang dijual dari segi nilai
pemakanan, harga,
kepentingan agama dsb.
· Pengurusan dan
pentadbiran kantin sekolah pada masa jangka pendek serta pengelolaan dan
penyeliaannya pada jangka panjang.
Bab 1 Bangunan, Kemudahan Dan Alat Kelengkapan
Kantin Sekolah
(1) Bangunan
· Lantai: licin, mudah cuci
· Dinding: cerah, tahan api
· Siling: cerah (putih)
· Pengudaraan: cukup, sempurna
· Pencahayaan: cukup, sempurna
· Keindahan: hiasan spt
bunga, poster dsb
(2) Kemudahan
· Kemudahan asas bagi
kantin sekolah
· Bekalan air bersih mencukupi
· Tempat penyediaan
makanan/dapur yang bersih dan sempurna
· Tempat penyimpanan bahan makanan yang bersih
· Kaunter jualan yang sesuai
· Tempat makan
murid-murid dan guru-guru yang bersih dan teratur
· Tempat membasuh tangan
atau pinggan
· Tempat membuang sampah atau air limbah yang
sempurna
· Tandas yang sempurna
untuk pekerja kantin
· Tempat persalinan pakaian atau bilik rehat
(3) Alat Kelengkapan
· Alat-alat kelengkapan
· Dapur gas/minyak tanah
· Periuk
· Pinggan mangkok
· Senduk
· Sudu dan garpu
· Kayu penyepit
· Pisau
· gelas
Bab 2 Kakitangan Kantin Sekolah
(1) Kesihatan pekerja
· Telah menjalani
pemeriksaan kesihatan dan diakui sihat oleh doktor.
· Keadaan kesihatan
semasa
· Jika ada demam, cirit birit, batuk atau
penyakit-penyakit lain pekerja itu tidak dibenarkan bertugas.
· Jika ada luka hendaklah
dibalut dengan plaster kalis air & tidak menyediakan makanan.
(2) Para
pekerja baru
· Hendaklah menjalani
pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu
· Pakaian pekerja Kantin sekolah
(i) Kemas
dan bersopan
(ii) Apron,
penutup kepala yang berwarna cerah (putih)
(iii) Tanda nama dan kad perakuan kesihatan
Bab 3 Penyediaan, Penyimpanan Dan Penghidangan
Makanan Serta Minuman
(1) Bahan mentah
· Sayur-sayuran: segar
· Ikan basah: mestilah
masih pejal
· Daging: tidak berubah
warna
· Ayam: tidak
busuk / berlendir
· Buah-buahan: segar,
pejal tidak kering
· Makanan berkaleng: tidak kemek
· Roti: tidak berkulat
(2) Penyediaan
makanan
· Hendaklah dijalankan
dalam keadaan yang sempurna dan bersih
(i) Tempat yang sesuai
(ii) Bekalan air bersih
(iii) Peralatan yang sempurna & bersih.
(iv) Elakkan tabiat
yang boleh mencemarkan makanan
(v) Makanan
halal
(vi) Petua
memasak
(3) Penyimpanan
makanan
· Stor yang kalis roden
& serangga
· Peti sejuk sempurna & bersih
· Peralatan yang bersih
dan sempurna
· Penyimpanan makanan
sedia untuk dimakan
· Tidak boleh menyimpan
makanan bermalaman
(4) Penghidang
makanan
· Diletakkan di kaunter
yang disediakan
· Ditutup dan tidak
terdedah kepada habuk & urungan lalat
· Hendaklah menggunakan alat-alat yang bersih
seperti penyepit, sudu & garpu
· Alat pembungkus seperti plastik disediakan
· Sumber makanan dari luar hendaklah diawasi
tahap kebersihannya
Bab
4 Bahan-Bahan Makanan Dan Minuman
· Kriteria pemilihan bahan makanan
· Memilih makanan seimbang
· Makanan segar
· Makanan yang mengenyangkan
· Makanan bebas daripada bahan-bahan
tambahan
· Makanan yang sesuai
dijual di kantin
· Makanan bermasak
· Buah-buahan
· Minuman yang berkhasiat
(1) Makanan & minuman yang tidak digalakkan dijual
di kantin sekolah.
· Minuman berperisa
kecuali susu berperisa
· Minuman menggunakan
bahan pewarna dan perisa sintetik
· Minuman ringan bergas
· Makanan snek seperti crackers.
(2) Makanan dan minuman yang dilarang
dijual di kantin sekolah.
· Makanan dan minuman
yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
· Gula-gula, coklat dan
biskut berkrim
· Jenis-jenis makanan
yang telah dijeruk samada masam atau masin, kering atau basah seperti asam
masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia & jeruk bawang
· Semua jenis makanan yang berupa mainan
seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain
· Rokok, bahan-bahan
makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya
· Makanan yang melebih tarikh luput tempoh
gunanya.
Bab 5 Kawalan Kebersihan
(1) Kebersihan diri pekerja
· Basuh tangan dengan
sabun selepas ketandas dan sebelum menyediakan makanan.
· Rambut dan kuku
sentiasa pendek dan bersih
· Pakaian bersih dan kemas
(2) Kebersihan alat atau perkakas kantin
· Pisau, alas pemotong, kain pengelap dsb
(3) Kebersihan
kemudahan kantin
· Tempat sedia makanan, tandas, sinki, basin
basuh tangan dan meja dan kerusi.
(4) Kebersihan dan keadaan bangunan kantin
· Lantai, longkang,
dinding dan siling
· Jadual pembersihan
(5) Amalan pengendali makanan yang dilarang
seperti
· Meludah, merokok,
menyikat rambut, berbual-bual, ketawa, batuk dan bersih
Bab 6 Keselamatan
· Langkah mencegah
kebakaran
· Langkah mencegah
kecederaan
· Keracunan makanan
· Langkah mencegah
kejutan/renjatan
· Alat-alat pertolongan cemas
· Perlindungan insurans
Bab
7 Pengurusan Kantin Sekolah
· Tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar
· Peranan dan tanggungjawab guru petugas
harian
· Tanggungjawab pengusaha kantin
· Jawatankuasa kantin sekolah
· Jawatankuasa sebutharga
· Pemeriksaan sekolah
oleh pihak kesihatan
No comments:
Post a Comment